Hujung minggu lepas lebih panjang kerana cuti Nuzul Quran yang jatuh pada hari Isnin. Yahoooo!! tak payah ke pejabat. Tetapi kuliah hari Sabtu tidak boleh ditinggalkan. Aku beri pelajar2 ujian (mock exam kononnye). Oleh kerana mereka merayu2 untuk buat "open book test" dan lebih2 lagi pada bulan Ramadhan, aku menunaikan hajat mereka itu. Soalan boleh tahan senang... kalau dah namanya "open book test", laju menyelak buku ajelah jawabnye!!
Aku seronok sikit hujung minggu yg lepas ni sebab makcik jiran sebelah yang aku anggap macam mak sedara aku jugak tiap2 hari beri makanan untuk berbuka. Meriah suasana, penuhlah jugak meja... Hari Sabtu aku tak masak sebab kelas waktu petang, kami beli siap ajer (makanan tunjuk) Aku masak untuk sahur aje, yang ringkas. Lauk dah dapat cuma tambah sayur aje. Hari Ahad suami tersayang nak makan mee goreng jadi aku goreng mee dan balas ke makcik jiran tu. Kepala ligat memikir nak masak apa pulak esok untuk keluarga dan tiba-tiba aku teringat dah lama tak buat nasi "carrot" dengan kurma ayam (kegemaran anak lelaki tengah, Akmal) Jadi apa lagi, pagi2 ke gedung terkemuka di seksyen 13, aku belilah segala keperluan yang belum ada dan akhirnya syukur dapatlah aku siapkan hidangan yang luar biasa dan dapat juga beri pada makcik jiran sebelah. Aku terdengar juga bunyi tung tang lesung batunya sejak dari pukul 2 petang lagi... rajin betul makcik tu memasak... "Susah susah ajolah cikgu ni, banyak bonar pulak makanan makcik dapek hari ni. Ambiklah bubur ni ha... orang sobolah sinun bagi" kata makcik tu dalam loghat nogori sewaktu makanan dihulurkan. Kebetulan hari semalamnya ada program bubur lambuk di sekolah KEMAS seberang jalan rumahnya. "Ambik, jangan tak ambik tu hasil duit kita jugak tu", kata suamiku.