Thursday, October 4, 2012

Allah ya Allah... masih bernafas lagi rupanya blog yang telah ditinggalkan selama 4 tahun. Nak buat apa seterusnya ye, kerja bertimbun... siap bawak balik rumah lagi... rumah pun nak kena jaga tapi tak terjaga... bagus juga kalau ada bibik, tapi... tak suka ada orang "asing" dalam rumah sendiri... gotong royonglah yang paling sesuai sekali....

Monday, September 7, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Hujung minggu lepas lebih panjang kerana cuti Nuzul Quran yang jatuh pada hari Isnin. Yahoooo!! tak payah ke pejabat. Tetapi kuliah hari Sabtu tidak boleh ditinggalkan. Aku beri pelajar2 ujian (mock exam kononnye). Oleh kerana mereka merayu2 untuk buat "open book test" dan lebih2 lagi pada bulan Ramadhan, aku menunaikan hajat mereka itu. Soalan boleh tahan senang... kalau dah namanya "open book test", laju menyelak buku ajelah jawabnye!!
Aku seronok sikit hujung minggu yg lepas ni sebab makcik jiran sebelah yang aku anggap macam mak sedara aku jugak tiap2 hari beri makanan untuk berbuka. Meriah suasana, penuhlah jugak meja... Hari Sabtu aku tak masak sebab kelas waktu petang, kami beli siap ajer (makanan tunjuk) Aku masak untuk sahur aje, yang ringkas. Lauk dah dapat cuma tambah sayur aje. Hari Ahad suami tersayang nak makan mee goreng jadi aku goreng mee dan balas ke makcik jiran tu. Kepala ligat memikir nak masak apa pulak esok untuk keluarga dan tiba-tiba aku teringat dah lama tak buat nasi "carrot" dengan kurma ayam (kegemaran anak lelaki tengah, Akmal) Jadi apa lagi, pagi2 ke gedung terkemuka di seksyen 13, aku belilah segala keperluan yang belum ada dan akhirnya syukur dapatlah aku siapkan hidangan yang luar biasa dan dapat juga beri pada makcik jiran sebelah. Aku terdengar juga bunyi tung tang lesung batunya sejak dari pukul 2 petang lagi... rajin betul makcik tu memasak... 

"Susah susah ajolah cikgu ni, banyak bonar pulak makanan makcik dapek hari ni. Ambiklah bubur ni ha... orang sobolah sinun bagi" kata makcik tu dalam loghat nogori sewaktu makanan dihulurkan. Kebetulan hari semalamnya ada program bubur lambuk di sekolah KEMAS seberang jalan rumahnya. "Ambik, jangan tak ambik tu hasil duit kita jugak tu", kata suamiku.

Friday, September 4, 2009

Ramadhan 1430H

Diam tak diam dah pertengahan fasa kedua Ramadhan 1430H i.e. genap 2 minggu berpuasa. "Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada siksaan neraka". Itulah janji Allah kepada kita semua.
Bagaimanakah ibadah puasaku pada tahun ini? Adakah lebih baik daripada tahun-tahun sudah? Hanya Dia yang tahu... 
Ya Allah... terimalah segala amalan puasaku

Tuesday, October 7, 2008

Salaam
Musim lepas raya, tak berapa sihat. Anak2 demam belaka. Akmal, 7 thn yg kedua dan Zubair, 13 bulan yg bungsu setakat ini dah masuk hari kelima demam. Si adik yg paling teruk. Siap dengan ceret beret tak hilang2 lagi. Ingat mlm nanti nak gi spital lagi, mintak doktor periksa semula. Ptg ni ada "lab", ingat nak sambung HTML topik sebelum raya...dah ada dlm kepala menda2 tu so malas nak fikir sgt2. Masa ni tengah semangat berkobar nak buat blog...jadi inilah hasilnya.
Selamat Datang...!